Jumaat, 31 Julai 2009

Assalamualaikum

Bai lu mau p mane...ala gua nak g lepak jap kat shopping kompleks. Ayat apa la yang mereka gunakan ini. Kalau nak di ikut kan, setiap owg memainkan peranan penting agar bahasa kita tidak tidak dicemari. Walaubagaimanapun, dunia yang semakin tiada sempadan disebabkan kemajuan teknologi seperti internet menyebabkan bahasa kita semakin dicemari dengan unsur-unsur pinjaman daripada perkataan-perkataan luar. Disamping itu jugak singkatan bahasa seperti tidak menjadi tak menjadi perintis kepada kerosakan bahasa pada peringkat bawah...renung-renungkan lah kawan-kawanku sekalian..

Rabu, 29 Julai 2009

Utusan Malaysia 29 julai 2009

Bahasa, Sastera - Tahun 2004 penuh getir


DALAM diam isu dan status bahasa Melayu menjadi salah topik yang sering diperkatakan sehingga menjadi tema utama kepada beberapa pertemuan.

Pertemuan Angin Timur Laut di Kuantan, Kongres Kebudayaan Rumpun Melayu 2004 dan Kongres Bahasa Utama telah memperkatakan secara kritis mengenai nasib dan hala taju bahasa yang berstatus kebangsaan itu pada tahun-tahun mendatang.

Itu tidak mengambil kira pertemuan atau seminar lain yang turut memperkatakan segala bentuk permasalahan dalam bahasa Melayu.

Lebih memburukkan beberapa isu nasional yang memperlihatkan sikap dan kesungguhan melihat bahasa yang menggambarkan citra penggunaan bahasa yang keliru dan mencemarkan imejnya.

Di sebalik usaha memartabatkan bahasa Melayu para pejuang dan pencintanya pula begitu mudah mendapat label sebagai chauvinis dan pelampau bahasa.

Namun dalam ketandusan gerakan dan perjuangan yang benar-benar mantap serta mendapat dorongan politik, sikap seperti ini merupakan pilihan yang ada dalam berdepan dengan situasi yang anarkis.

Tanpa kesungguhan daripada kelompok yang teguh semangat dan kecintaan, bahasa Melayu hanya menunggu saat kehancuran.

Sikap

Rempuhan pemodenan yang menjadi alasan untuk mengetepikan bahasa tidak dapat disangkal kerana sikap pengguna yang tidak prihatin dan bersikap ambil mudah.

Malah bahasa yang bersifat `separuh ular, separuh belut' menjadi santapan mulut dan dijaja untuk menjadi perkataan yang wajib dipakai sebagaimana infotainmen dan sure heboh.

Sebab itu kesan daripada pertemuan dan resolusi yang dikeluarkan memerlukan penegasan yang menuntut suatu tahap perjuangan agresif.

Sikap berlembut atau perjuangan pasif demi mengekal status organisasi dan kepentingan peribadi hanya akan menjerumuskan nasib bahasa dan budaya ke tahap kehancuran.

Kegagalan menegaskan resolusi Pertemuan Angin Timur Laut misalnya merupakan satu yang bertentangan dengan aspirasi pertemuan tersebut. Tentunya mendukacitakan apabila semangat pertemuan itu tidak membuahkan hasil dan sekadar menjadi kertas kerja atau cakap-cakap kosong.

Demikian juga resolusi Kongres Rumpun Melayu di Johor Bahru masih belum dapat dilihat keberkesanannya dalam mengekalkan bahasa dan budaya penduduk asal sebagai teras yang dijunjung.

Sikap selalu beralah dalam soal berhubung dengan budaya dan bahasa dilihat lebih merugikan. Tanpa meragukan perlu adanya sikap tolak-ansur, sikap beralah sebenarnya akan menghilang bisa dan kekuatan sendiri dan tidak memberikan faedah untuk jangka masa panjang.

Fenomena pencemaran bahasa yang berlaku sepanjang tahun menggambarkan sikap sebenar pengguna bahasa dan kesungguhan pihak yang diberi tanggungjawab seperti pihak-pihak berkuasa tempatan (pbt) menjalankan tugas. Malah khabar yang membenarkan pengiklan menggunakan bahasa yang disukainya pada papan-papan iklan menunjukkan sikap dan prejudis terhadap bahasa Melayu.

Membentuk sikap bukanlah usaha mudah, tetapi memerlukan masa yang panjang, dan pembentukan dan membaiki keadaan perlu dilakukan dengan segera.

Sikap peka, prihatin dan lekas bertindak memang dituntut pada ketika ini, namun kelekaan masyarakat masih menjadi masalah besar, kerana perjuangan bahasa dan budaya tidak pernah menjadi agenda atau perlu dipedulikan.

Teras

Pertubuhan bahasa, sastera dan budaya sewajarnya menjadi badan pendesak bukan atas nama menjadi golongan penentang, tetapi keperluan untuk melihat kelangsungan kepada jati dirinya sebagai teras kepada pembentukan sebuah negara bangsa.

Tidak jauh nasibnya dengan bahasa dan budaya, sastera Melayu juga mengalami masalah dan dilema serupa apabila berdepan dengan pelbagai kemelut.

Pelbagai usaha yang pernah dan sedang dilakukan tidak menjamin kelangsungan sastera Melayu, apabila penerimaannya dilihat semakin merosot.

Contoh paling klasik apabila sekolah-sekolah tidak mahu menawarkan mata pelajaran sastera di sekolah dengan alasan tidak menjaminkan masa depan. Jika adapun sekadar melepaskan batuk di tangga kerana seperti dikhaskan kepada pelajar yang diistilahkan `mata merah.'

Umum mengetahui sastera di sekolah tidak seperti matematik dan sains yang akan menjelaskan arah kerjaya pelajarnya yang cemerlang

Namun di negara-negara maju, karya-karya sastera menjadi bahan bacaan tetap para pelajar sehingga masyarakatnya begitu positif serta proaktif kepada sastera dan kesenian.

Secara umumnya sikap dan pemikiran masyarakat di negara terhadap sastera masih dianggap lemah dan skeptik sehingga menganggap sastera sebagai suatu yang eksklusif untuk orang sastera sahaja.

Membaiki masalah bahasa dan sastera adalah usaha membetulkan sikap, persepsi dan idealogi penutur dan khalayaknya, serta memahami bahawa kedua-duanya tidak hidup semata-mata dengan slogan yang muluk atau sekadar pada kertas-kertas kerja dan ilmiah.

Masalahnya perjuangan bahasa, sastera dan budaya hari ini kehilangan taring, atau pejuangnya tidak lebih daripada harimau kertas yang tua serta lusuh ditelan zaman.

Selasa, 28 Julai 2009

Pendapat saya tentang pencemaran bahasa.

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Apa yang pasti, dunia kini semakin bercelaru dek kerana bahasa seharian yang bercampur aduk. pada pendapat saya sebagai seorang pelajar sarjana muda dalam bidang Linguistik. Bahasa seharian masyarakat kita pada masa kini tidak lagi melambangkan budaya masyarakat kita. sebelum ini banyak suara yang mengatakan bahasa budaya bangsa...tapi sekarang tidak lagi...

Senarai Blog Saya