Ahad, 25 Oktober 2009

exam...exam...exam

he3, dah nak exam rupanya kita ek..perlbagai cabaran telah kita tempuhi, suka duka, pahit manis sem ni biar lah menjadi ingatan pada sem hadapan pula..aku rasa sem ni banyak betul aktiviti2 yang kita lakukan, tak gitu kawan2 linguistik..dengan konvoi g rumah tebukanya, g sungai congkak dan lain2 lagi..tu xtermasuk program yang direncana oleh pensyarah lagi..dengan Silk nya, dengan jamuan hari raya..

pembentang proposal Alhamdulillah berjalan dengan lancar, insyaAllah saya akan pergi sendiri ke tapak lapangan untuk membuat metodologi sendiri..xnak la tiru2 yang owg lain buat..cam xbest je..hahahahahaha

kepada kawan2 ku sekalian..exam ni aku harap kamu buat yang terbaik..sem depan dah last dah kan...peluang yang ada ni kita kena gunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan lagi mutu pelajaran kita untuk masa hadapan..do the best among the best k..insyaAllah kita akan berjaya..

Rabu, 21 Oktober 2009

hutang-hutang

keadaan menjadi tegang bila hutang ukm tiba-tiba dinaikkan, ramai pelajar yang tidak puas hati..mana tak nya, baru je bayar 2,3 hari lepas...pas tu kena bayar plak..bukan sikit..beratus-ratus jugak tu..ukm ni xksian ke kat kitorang ni...kami pelajar lagi, kalau kerja xpe la jugak..huhuhuhu..dah la ptptn xdinaikkan, hutang kat u plak dinaikkan..senget tul la...huhuhuhu..

apa2 pun diharapkan penjelasan yang diberikan oleh pihak u dipejabat bendahari leh diterima oleh semua pelajar...kita sebagai pelajar u xleh buat tindakan yang terburu-buru..kita ada akal, kena pikir panjang2..

Ahad, 4 Oktober 2009

SILK

Akhirnya program yang dirancana oleh pensyarah dan dilaksanakan oleh pelajar berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki, terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam program ini.

sebagai ajk publisiti saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak menolong saya dari mula sampai lah program Silk selesai.

walaupun terdapat masalah-masalah kecik yang tidak diduga, namun masalah ini berjaya diatasi oleh semua pihak. sekiranya diteliti balik, apa yang penting sekali sifat tolak ansur dan juga sikap kerjasama amat penting dalam apa jua program yang dilaksankan..

dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. A.j yang banyak membantu kami ( budak2 linguistik yang nakal) dengan tunjuk ajar yang diberikan.

do the best among the best..he3

Ahad, 13 September 2009

huhuhuhuhu..pejam celik, pejam celik.dah nak raya dah kita ek..raya dah nak dekat..baju raya xbeli lagi ni...xkan nak suh mak beli kot..dah besar panjang..hahahahah. Apa2 pun, buat persiapan sebaik mungkin untuk menyambut hari raya ye..jangan boros2 sangat..mentang2 la nak raya..beli baju dua tida empat puluh helai..he3.

kepada mereka yang menaiki motosikal cam saya, rancang waktu perjalanan..biasanya saya bertolak dari sini nak balik kelantan kul 10 malam, waktu tu jalan x jem sikit sebab bas dah kuar suma. n kalau korang ngantuk..berhenti la kat kedai2 makan pekenan kopi dulu..bahaya wooo naik moto mata ngantuk..

lepas raya ni..korang jangan lupa plak..exam xhabis lagi..proposal xbentang lagii.asgment pun bertimbun2..buat slow2..yang penting asgment kita siap..

Rabu, 9 September 2009

Asal usul orang Asli














Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi. Komuniti yang ada kini boleh dianggap sebagai hasil daripada aplikasi kebijaksanaan ilmu tradisional yang diwarisi sejak bergenerasi dahulu kepada praktis harian mereka masa kini. Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002).

Kerja yang bertimbun-timbun

Raya makin dekat, banyak pulak tugasan yang diberikan oleh pensyarah..nak tangguh-tangguh tak boleh dah..kot mane pun, kerja mesti disiapkan sebelum balik raya..hu3, xla memikirkan sangat tentang tugasan masa kat kampung nanti.

Selasa, 1 September 2009

Merdeka Merdeka Merdeka

Sempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke-52 ni, aku nak ucapkan syabas dan rasa bangga terhadap negara kita sendiri iaitu Malaysia. Kemajuan yang dicapa pada hari ini bukannya datang dalam sekelip mata. pejuang2 terdahulu sanggup mengadaikan nyawa mereka sendiri untuk mempertahankan tanah air tercinta ini. Antaranya Mat Kilau, Datuk Bahaman, Mat Salleh dan lain-lain lagi.

Mengulang-ulangkan lafaz

merdekamerdekamerdekamerdekamerdekamerdeka

merdekamerdekamerdekamerdekamerdekamerdeka

merdekamerdekamerdekamerdekamerdekamerdeka

mengulang-ulangkan perarakan

jalurjalurjalurjalurjalurjalurjalurjalur

jalurjalurjalurjalurjalurjalurjalurjalur

jalurjalurjalurjalurjalurjalurjalurjalur

gemilang di seluruh pelusuk rusuk negara

mengulang-ulangkan seruan

mengulang-ulangkan harapan

mengulang-ulangkan gambaran

merdekakan mereka yang tak merdeka

merdekakan mereka yang tak memerdekakan

merdekakan mereka yang tak memerdekakan kemerdekaan

mengenangkan mereka yang bangun memerdekakan

memerdekakan fikiran

memerdekakan harapan

memerdekakan gambaran

memerdekakan seruan

memerdekakan kuasa

memerdekakan hamba

memerdekakan kamukamu

memerdekakan akuaku

memerdekakan perpaduan

memerdekakan belenggu

memerdekakan pisau

memerdekakan sasau

memerdekakan diam

mengenangkan jasasasa mereka yang bangun memerdekakan

mengenangkan keringatdarah mereka yang bangun memerdekakan

mengenangkan taksiapasiapa mereka yang bangun memerdekakan

selepas membaca puisi hari kemerdekaan

selepas mendengar amanat tentang hari-hari kemerdekaan

selepas mencatat matlamat berkenaan sebuah kemerdekaan

dewan yang meruangkan suara

tinggal menyepi yang akan didatangi lagi

setiap tahun dan sekali

jalurjalur gemilang berkibar sendiri

lafaz merdeka tinggal di telinga hingga didengar

nanti tahun kemudiannya berulang diulangkan lagi

habis di sini!

Khamis, 27 Ogos 2009

Assalamualaikum

Ermmm...kejap je masa berlalu, pejam celik pejam celik..dah masuk hari kelima kita berpuasa ..pelbagai dugaan aku rasa korong semua dah tempuh kot, dengan laparnya...dengan dahaganya..dengan letihnya n macam2 lagi la. Itu lah salah satu hikmah di Bulan Ramadan, mengajar kita erti sabar, mengelakkan kita daripada maksiat dan sebagainya.

insyaAllah aku doakan semoga bulan Ramadhan pada tahun ini diberkati oleh Allah S.W.T. Kepada kawan-kawan diluar sana..tabahkan hati..he3

Kepada yang tak puasa, xleh raya..hahahahhahahahaha...padan muka korang..

Selasa, 25 Ogos 2009

Kecurian motosikal di UKM

Assalamualaikum kepada semua pembaca.

kes kecurian motosikal di UKM sudah tidak asing lagi bagi kita. Boleh dikatakan setiap bulan mesti ada kes kecurian motosikal berlaku di UKM samada di Pusanika ataupun di fakulti. sebagai warga yang perihatin terhadap isu yang tiada penyelesaian ini. saya ingin mengingatkan kepada kawan-kawan, jaga la motosikal anda dengan sebaik mungkin. Sebelum meninggalkan motosikal, pastikan motosikal anda dikunci sebaik mungkin. Kalau boleh, beli la solek yang kukuh sikit, xpon korang beli banyak2..pasang je kat motor korang. kita xleh set dalam kepala yang kita pasang solek ikat motor, motor kita dah selamat. Set dalam kepala kita, solek hanya untuk melambatkan proses kutu nak curi motor je.

ala pakai solek yang mahal-mahal pon kena curi jgk, itu antara jawapan yang kita sering dengar bila kita dapat tahu kalau ada motosikal yang pakai solek rm 400 ringgit hilang. yang tu kisah lain..yang penting harta benda kita k.

Antara faktor-faktor kecurian motosikal antara lainnya ialah kecuaian kita sendiri, contohnya tertinggalkan kunci motosikal kat motor..pe lagi, peluang keemasan bagi kaki curi la kalau ada budak yang tinggal kunci motor kat motor. Solek dah pasang cantik punya, alih-alih kunci tertinggal kat motor plak..sia2 je kan kunci motor. Oleh itu, pastikan anak kunci ada ditangan anda sebelum meninggalkan motosikal anda.

Tempat dan waktu merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam memastikan motosikal anda selamat. tempat dan waktu boleh dikatakan perkara yang mesti difikirkan bersama bila nak paking motosikal. Ini kerana pemilihan tempat yang jarang dilalui orang memberi peluang kepada kaki curi motor ini nak curi motor korang, dan waktu yang tidak sepatutnya juga menyebabkan motor anda hilang dalam sekelip mata. Antara waktu yang mesti diberikan keutamaan apabila nak paking motosikal ialah pada waktu maghrib di fakulti dan waktu malam di kolej kediaman masing-masing.

2 faktor diatas merupakan mengapa kes kecurian motosikal berlaku di UKm. banyak lagi faktor lain, tak kan la aku nak hurai tentang faktor kemiskinan..xde kaitan langsung pulak kan..kk, apa-apa hal..pastikan motosikal anda berada dalam keadaan selamat.


selamat berpuasa.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam diseluruh dunia..kepada kawan-kawan ku, mari la kita bermaaf-maafan di bulan yang mulia ini. Kita lupakan sengketa lama..hahahahaha. Biasa la, manusia mesti melakukan kesilapan..bezanya kecik dengan besar je. Kita Ambil yang jenih dan buangkan yang keroh.

Apa yang pasti, mari la kita banyak-banyak beribadah di bulan yang mulia ini, kawal kelakuan dan jaga cuba buat perkara yang boleh menjadikan pahala puasa kita tu kurang ye. satu lagi aku nak pesan, kalau korang pergi pasar malam tu, jangan la beli makanan sampai tak ingat dunia. Beli ala kadar dah ler..beli banyak-banyak pas tu membazir, mane taknya makan sikit pas tu yang lain buang. memang cam tu dah sifat kita, dah lapar tengok semua nampak sedap, bila dah beli mula la merungut xsedap..manis..masin..tawar. Pas tu buang. Isy3.

kk tu je..selamat berpuasa sekali lagi......

Jumaat, 14 Ogos 2009


ini merupakan gambar yang memperlihatkan perkembangan teknologi komputer di Indonesia..walaupun negara mereka tidak semaju negara kita, tapi pencapaian mereka dalam bidang teknologi memang hebat.















yaaaaaahhhhhh........ni la budak2 linguis yang periang dan bersatu padu serta bekerjasama dalam semua benda.

Rabu, 12 Ogos 2009

Terima kasih Ibu….Bapak…


Di tubuhku ada darahmu
Di setiap gerak langkahku selalu terasa di hatimu
Sudah besar aku ini

Tapi aku tak pernah membuatmu tersenyum
Sudah milyaran kau gelontorkan

Tapi aku selalu membuatmu meneteskan air mata
Kau korbankan jiwa ragamu

Tapi ku berikan lara dihatimu
Ibu…Bapak…Aku ingin kembali ke masa lalu

Saat aku di manja dulu
Saat hari-hari penuh riang tawa
Aku ingat kecil dulu

Begitu banyak kebahagiaan yang kau berikan
Begitu besar perlindungan yang di berikan
Tapi aku telah membalasnya dengan air tuba
Maafkan aku ibu….bapak….Tak bisa memberikan kebahagiaan di usiamu yang mulai senja

Maafkan aku ibu…bapak….Atas perilaku aku dulu yang membuatmu menangis
Di hatimu pasti ada cinta untukku

untuk anak yang tak tahu balas budi
Berikan cinta itu untukku
Agar aku bisa mencintaimu setulus hati
Terima kasih semuanya Ibu….Bapak….



(by. Clarksuperman )

Selasa, 11 Ogos 2009

H1N1...eh bila Ukm nak cuti, Universiti lain sume dah cuti..dengki nya...huhuhuhuhu. Apa-apa pun, jaga kesihatan diri anda semua..

Khamis, 6 Ogos 2009

Soalan-soalan....

Saya ada satu soalan yang hendak diajukan kepada anda semua. Andai kata kita mengunakan bahasa Melayu dulu pada masa sekarang yang canggih dengan pelbagai teknologi, adakah kita akan diketawakan ataupun orang ramai akan menganggap kita ni penegak kepada bahasa Melayu.??

Buat pengetahuan pembaca sekalian, saya pernah melihat satu cerita yang mengisahkan pelakon sekarang melakonkan satu babak drama dengan mengunakan bahasa Melayu dulu. Apa yang pasti, ramai mengatakan drama itu tidak sesuai lagi dengan zaman yang serba moden ini.

Sekiranya bahasa Melayu dulu tidak lagi sesuai digunakan pada masa kini, satu soalan pula akan timbul disini. Adakah bahasa sekarang yang bercampur-aduk dengan sumpah seranah sertai meminjam dari pelbagai bahasa sesuai dijadikan sebagai bahasa pertuturan seharian?.

Jika sekarang bahasa kita sudah tercemar dengan pelbagai unsur sumpah seranah, pinjam meminjam dari bahasa luar. Apakah bahasa yang akan digunakan untuk 10 atau 20 tahun akan datang?.

Apa yang pasti, kita yang ada ini seharusnya mengekalkan kesopanan berbahasa yang kita miliki agar bahasa yang ada sekarang berkekalan pada jangka masa yang panjang.

Isnin, 3 Ogos 2009

Kedai Motosikal SQ

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian..ermmm saya ada satu cerita yang hendak dikongsi bersama. Setiap 3 bulan sekali saya akan pergi ke kedai motosikal SQ berhampiran dengan hentian kajang. Tujuan saya pergi ke kedai motosikal SQ adalah untuk menukar minyak enjin motosikal . Apa yang menarik perhatian saya apabila sampai disana, ada seorang budak melayu yang bekerja disitu. Dia x la hensem sangat hahahahaha, tapi saya tertarik bila dia berkomunikasi dengan pelanggan yang datang untuk membaiki motosikal disitu. Antara contoh ayat yang dia sering gunakan lu mau bikin ape brother?? apa rosak, nak kasi itu moto laju ke..


Berdasarkan gaya atau cara percakapan yang dituturkan, saya nak tanya la pendapat anda semua sebagai seorang pembaca. Adakah situasi atau suasana persekitaran menyebabkan pencemaran bahasa berlaku?? jangan malu jangan segan..komen je.

Jumaat, 31 Julai 2009

Assalamualaikum

Bai lu mau p mane...ala gua nak g lepak jap kat shopping kompleks. Ayat apa la yang mereka gunakan ini. Kalau nak di ikut kan, setiap owg memainkan peranan penting agar bahasa kita tidak tidak dicemari. Walaubagaimanapun, dunia yang semakin tiada sempadan disebabkan kemajuan teknologi seperti internet menyebabkan bahasa kita semakin dicemari dengan unsur-unsur pinjaman daripada perkataan-perkataan luar. Disamping itu jugak singkatan bahasa seperti tidak menjadi tak menjadi perintis kepada kerosakan bahasa pada peringkat bawah...renung-renungkan lah kawan-kawanku sekalian..

Rabu, 29 Julai 2009

Utusan Malaysia 29 julai 2009

Bahasa, Sastera - Tahun 2004 penuh getir


DALAM diam isu dan status bahasa Melayu menjadi salah topik yang sering diperkatakan sehingga menjadi tema utama kepada beberapa pertemuan.

Pertemuan Angin Timur Laut di Kuantan, Kongres Kebudayaan Rumpun Melayu 2004 dan Kongres Bahasa Utama telah memperkatakan secara kritis mengenai nasib dan hala taju bahasa yang berstatus kebangsaan itu pada tahun-tahun mendatang.

Itu tidak mengambil kira pertemuan atau seminar lain yang turut memperkatakan segala bentuk permasalahan dalam bahasa Melayu.

Lebih memburukkan beberapa isu nasional yang memperlihatkan sikap dan kesungguhan melihat bahasa yang menggambarkan citra penggunaan bahasa yang keliru dan mencemarkan imejnya.

Di sebalik usaha memartabatkan bahasa Melayu para pejuang dan pencintanya pula begitu mudah mendapat label sebagai chauvinis dan pelampau bahasa.

Namun dalam ketandusan gerakan dan perjuangan yang benar-benar mantap serta mendapat dorongan politik, sikap seperti ini merupakan pilihan yang ada dalam berdepan dengan situasi yang anarkis.

Tanpa kesungguhan daripada kelompok yang teguh semangat dan kecintaan, bahasa Melayu hanya menunggu saat kehancuran.

Sikap

Rempuhan pemodenan yang menjadi alasan untuk mengetepikan bahasa tidak dapat disangkal kerana sikap pengguna yang tidak prihatin dan bersikap ambil mudah.

Malah bahasa yang bersifat `separuh ular, separuh belut' menjadi santapan mulut dan dijaja untuk menjadi perkataan yang wajib dipakai sebagaimana infotainmen dan sure heboh.

Sebab itu kesan daripada pertemuan dan resolusi yang dikeluarkan memerlukan penegasan yang menuntut suatu tahap perjuangan agresif.

Sikap berlembut atau perjuangan pasif demi mengekal status organisasi dan kepentingan peribadi hanya akan menjerumuskan nasib bahasa dan budaya ke tahap kehancuran.

Kegagalan menegaskan resolusi Pertemuan Angin Timur Laut misalnya merupakan satu yang bertentangan dengan aspirasi pertemuan tersebut. Tentunya mendukacitakan apabila semangat pertemuan itu tidak membuahkan hasil dan sekadar menjadi kertas kerja atau cakap-cakap kosong.

Demikian juga resolusi Kongres Rumpun Melayu di Johor Bahru masih belum dapat dilihat keberkesanannya dalam mengekalkan bahasa dan budaya penduduk asal sebagai teras yang dijunjung.

Sikap selalu beralah dalam soal berhubung dengan budaya dan bahasa dilihat lebih merugikan. Tanpa meragukan perlu adanya sikap tolak-ansur, sikap beralah sebenarnya akan menghilang bisa dan kekuatan sendiri dan tidak memberikan faedah untuk jangka masa panjang.

Fenomena pencemaran bahasa yang berlaku sepanjang tahun menggambarkan sikap sebenar pengguna bahasa dan kesungguhan pihak yang diberi tanggungjawab seperti pihak-pihak berkuasa tempatan (pbt) menjalankan tugas. Malah khabar yang membenarkan pengiklan menggunakan bahasa yang disukainya pada papan-papan iklan menunjukkan sikap dan prejudis terhadap bahasa Melayu.

Membentuk sikap bukanlah usaha mudah, tetapi memerlukan masa yang panjang, dan pembentukan dan membaiki keadaan perlu dilakukan dengan segera.

Sikap peka, prihatin dan lekas bertindak memang dituntut pada ketika ini, namun kelekaan masyarakat masih menjadi masalah besar, kerana perjuangan bahasa dan budaya tidak pernah menjadi agenda atau perlu dipedulikan.

Teras

Pertubuhan bahasa, sastera dan budaya sewajarnya menjadi badan pendesak bukan atas nama menjadi golongan penentang, tetapi keperluan untuk melihat kelangsungan kepada jati dirinya sebagai teras kepada pembentukan sebuah negara bangsa.

Tidak jauh nasibnya dengan bahasa dan budaya, sastera Melayu juga mengalami masalah dan dilema serupa apabila berdepan dengan pelbagai kemelut.

Pelbagai usaha yang pernah dan sedang dilakukan tidak menjamin kelangsungan sastera Melayu, apabila penerimaannya dilihat semakin merosot.

Contoh paling klasik apabila sekolah-sekolah tidak mahu menawarkan mata pelajaran sastera di sekolah dengan alasan tidak menjaminkan masa depan. Jika adapun sekadar melepaskan batuk di tangga kerana seperti dikhaskan kepada pelajar yang diistilahkan `mata merah.'

Umum mengetahui sastera di sekolah tidak seperti matematik dan sains yang akan menjelaskan arah kerjaya pelajarnya yang cemerlang

Namun di negara-negara maju, karya-karya sastera menjadi bahan bacaan tetap para pelajar sehingga masyarakatnya begitu positif serta proaktif kepada sastera dan kesenian.

Secara umumnya sikap dan pemikiran masyarakat di negara terhadap sastera masih dianggap lemah dan skeptik sehingga menganggap sastera sebagai suatu yang eksklusif untuk orang sastera sahaja.

Membaiki masalah bahasa dan sastera adalah usaha membetulkan sikap, persepsi dan idealogi penutur dan khalayaknya, serta memahami bahawa kedua-duanya tidak hidup semata-mata dengan slogan yang muluk atau sekadar pada kertas-kertas kerja dan ilmiah.

Masalahnya perjuangan bahasa, sastera dan budaya hari ini kehilangan taring, atau pejuangnya tidak lebih daripada harimau kertas yang tua serta lusuh ditelan zaman.

Selasa, 28 Julai 2009

Pendapat saya tentang pencemaran bahasa.

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Apa yang pasti, dunia kini semakin bercelaru dek kerana bahasa seharian yang bercampur aduk. pada pendapat saya sebagai seorang pelajar sarjana muda dalam bidang Linguistik. Bahasa seharian masyarakat kita pada masa kini tidak lagi melambangkan budaya masyarakat kita. sebelum ini banyak suara yang mengatakan bahasa budaya bangsa...tapi sekarang tidak lagi...

Senarai Blog Saya