Jumaat, 25 Mac 2011

Usia 24 tahun

Assalamualaikum......

Sebenarnya aku xberminat sangat nak mengarang ni...dulu masa tingkatan 6 aku xnafikan aku ni ulat buku n suka menulis...masuk usia 24 tahun ni...rasa malas je nak menulis..nak membaca..yang ade dalam kepala otak aku sekarang nak cari duit...nak cari duitttt....orang lain semua dah kerja best2...ade yang kerja kerajaan dah...ada yang kije swasta dengan gaji yang besar....hebat2 kawan2 aku...cuma aku sorang je yang masih xtahu kemana hala tuju...buat masa sekarang...aku meneruskan hobi aku...xlain xbukan...ternak angsa...wah3...Myb ada la tu panggilan kerja sikit masa lagi...InsyaAllah..

Di sini aku nak kongsi sikit pasal penternakan..korang rasa melalui penternakan ni seseorang boleh berjaya ke?? Bagi aku...aku rasa boleh..aku selalu baca blog masiran farm...bekas cikgu sekolah...rumah dia kat batu gajah perak...dia bela angsa beratus-ratus ekor...yang warna putih banyak giler...yang kelabu xyah cite ar kan..lagi la banyak... dan aku rasa dia salah seorang penternak yang perjaya...pulangan hasil jualan anak angsa..Peeeehhhhhh....mampu mencecah ribuan ringgit sebulan..kalau lebih xtau ar kan..kurang tu xla...blog orang lain pun aku ade baca jugak..baca untuk menambahkan pengetahuan tentang cara-cara menternak angsa..

Diharapkan satu hari nanti...aku akan jadi penternak angsa terbesar kat kelantan ini..insyaAllah...berkat, usaha dan tawakkal aku pasti aku akan berjaya...Sekarang ni aku duk giler nak beli angsa hitam..badan dia hitam..muncung dan kaki dia warna merah...memang cantik...kat Malaysia ni xde kot...kat mane eaa nak dapatkan baka angsa hitam ni... aku search kat internet..angsa hitam ni pertama kali ditemui di Australia...yang menyebabkan wujudnya satu teori yang dikenali sebagai Teory Black Swan...dimana pada mulanya orang sangkakan angsa ni hanya berwarna putih...tapi lepas penemuan angsa hitam ni...make wujudla teori angsa hitam...

Aku pun duk fikir jugak...apa la tujuan teori black swan ni diwujudkan..pada fikiran aku..lebih kurang camni...ermmm kalau sifat manusia dalam sebuah keluarga contohnya...kita xboleh beranggapan semua dalam keluarga itu baik...mesti ada salah seorang dalam ahli keluarga tu kurang baik..lebih kurang cam tu la...aku xleh nak bagi contoh yang luas lagi...takutkan tersesat...hahahahaha...ok ape2 pun...hidup ni sementara...isikan hidup kita dengan benda bermanfaat...rezeki Allah bagi sama je...semua atas usaha kita...

p/s : kalau ade perkataan yang aku salah eja...buat2 tatau sudah la ye...malas nak kemaskini..n baca balik...hahahaha













Isnin, 21 Mac 2011

Projek Penternakan Angsa

Salam sejahtera untuk semua..

Projek penternakan angsa aku sekarang boleh dikatakan semakin berkembang dek kerana telor2 angsa yang diram sendiri oleh jenab n joyah akhirnya menetas jugak..kesemua anak2 angsa aku ade 10 ekor semuanya..Alhamdulillah...

2minggu lepas aku berjaya membeli anak angsa putih yang berumur 2 bulan..harga untuk sepasang 150ringgit...walaupun mahal, bagi aku dah murah sangat2 dah...banyak hari jugak aku p kedai tengok harga anak angsa putih...memang mahal beb...anak baru 2 minggu diorang jual 120...nak beli pun sayang2 je..sekarang ni aku rasa lega sebab target aku nak bela angsa dah tercapai...bela angsa putih plak adalah satu bonus bagi aku..

Anak2 angsa pertama ni aku nak jadikan induk..harap2 banyak betina dari jantan..yang putih plak insyaAllah hujung tahun ni bertelor..

Dalam menternak angsa ni...banyak pengalaman aku perolehi daripada orang2 kampung...maklum la baru pertama kali bela angsa..tapi xla sesusah seperti yang disangkakan...pagi2 bagi makan...tengah hari lepas bagi dia makan rumput sampai la petang...sebelum maghrib kurung n bagi makan dedak... begitu lah rutin harian aku.

Aku ade bagitahu kat mak n ayah aku....aku nak beli angsa lagi...diorang cakap xpayah la...yang ade ni pun xlarat nak bagi makan...ikutkan hati, aku nak beli lagi...beli dalam 2 pasang lagi untuk dijadikan induk..tapi kalau korang nak tau, bukan senang nak dapatkan sepasang angsa...rata-rata pemilik angsa ni xse jual angso dio boh....diorang sayang...ye la kan..diorang bela angsa untuk jaga umah diorang...angsa plak mahal...anak angsa kelabu 60ringgit sepasang kalau xsilap aku...y putih plak 120 sepasang...tu pun jarang2 je ade kat kedai.. kalau ibu angsa bertelor 8 bijik..tetas semua...senang2 je dapat 240 ringgit...kalau yang putih plak..korang kira la sendiri..aku xpandai sangat mat ni..

Berdasarkan pemerhatian aku, angsa bertelor 7-8 bijik..yang paling banyak 9 bijik..tu pun kalau angsa tu cukup makan...ade jugak angsa yang bertelor 2,3,4 bijik..bergantung kepada pemakanan..kalau kita bagi ibu angsa ram telor dia..biasanya telor tu akan menetas lebih kurang sebulan lebih..berbanding guna incubator..jangka masa penetasan 30-32 hari..pernah jugak orang bercerita, kalau kita bagi ibu dia ram..telor dia xmenetas semua...jangan risau,ade caranya nak bagi telor tu menetas semuanya...caranya..bila ade anak angsa tetas dalam 3 ekor..kita ambik anak angsa tu daripada ibu dia...tetas plak ambik lagi sampai la kesemua anak dia menetas..senang kan...tapi hati2 time ambik anak dia...ibu dia patok..sakit beb..

Kat sini jugak aku nak kongsi cara2 untuk mempercepatkan pembesaran anak angsa...caranya, anak angsa tu kita pisahkan dengan ibu dia..maksudnya kita bela anak angsa berasingkan...makanan plak..bagi makan dedak cold coint warna hitam...insyaAllah cepat je besar..

ok...t ade masa aku mengarang plak ye...















Rabu, 25 Ogos 2010

Projek hari raya..





Entri ni aku pos semata-mata nak share kat kawan2 xtvt aku masa aku kat umah...ni la kija aku kat rumah..mengecat..dulu asal rumah ni warna silver..ramadhan hari ketiga aku bagitahu kat mak aku..mak..ore boring la duk kat umah..dah la ore nok kijo mak xse bui..lantas aku pun cadangkan la kat mak aku..ape kate kita mengecat rumah sempena hari raya ni..kita chat warna pink..baru nampak keayuaan sikit rumah kita ni...



Lantas mak aku pun cakap..kan ko buat xsiap kang..mak jugak yang siapkan nanti..cam la mak xtau ko tu hangat2 taik ayam..aku pun dengan ikrar dan bersumpah..mak..kalau 3 tahun lepas mungkin ore seperti mak cakapkan tadi..ni usop 3 tahun lepas yang mak kenali la..huahuahuahua..mak aku pun cakap..ok. esok ko beli cat..ko cat la umah ni sampai siap..he3.

sekurang2nya...terisi jugak masa lapang aku dengan benda berfaedah..xla tido je..nanti siap aku post gambar lain plak k..

Selasa, 24 Ogos 2010

Banduan...

Hik3..jangan terkejut kawan2, aku bukannya banduan seperti mana tajuk yang korang baca tu..cuma aku nak kongsi la sikit dengan semua mengenai hasil seni yang aku reka cipta..hasil seni yang aku cipta ni merupakan satu ciptaan yang terbaru jika hendak dibandingkan dengan hasil seni yang dihasilkan oleh banduan2 kat penjara pudu. hahahaha..

Hasil seni yang aku cipta ni hanya menggunakan kertas surat khabar, dawai, sedikit gam dan juga syelek..4 benda tu je yang aku perlukan untuk menghasilkan kapal seperti di atas. Dulu aku lebih suka buat raga..tapi nak memuaskan hati yang teringin nak ada kapal persendirian, aku pun cipta la kapal ni..hik3..

berlainan pula dengan ayah aku, ayah aku lebih suka buat raga..alaaa abah.buat raga senang jew..xganas langsung..buat la yang pelik2 sikit buat simpanan peribadi..baru la gempak sikit..he3..ayah aku suka je bila aku cakap camtu..alahhh xjadinya..abah aku mencelah..ok2...kita tengok..last2 jadi jugakk..kat itu lah hasilnya..Tapi raga2 yang ayah aku buat semua besar2..jual kat mak dating pun ade..boleh dikatakan ramai jugak la yang oder..ayah aku buat raga ni pun bukannya serius sangat pun..mengisi masa lapang dia jew.

k aku nak cerita sikit kat mana aku belajar buat kraf tangan ni, kisah ni berlaku 4 tahun lepas..waktu tu kami balik raya dikampung. ade la mak sedara aku buat kraf tangan guna surat khabar ni. masa tu aku xbelajar pun..aku tengok jew mak sedara aku buat..mak aku la yang kaluit2 duk blajaq..mak aku suh aku blajaq..memandangkan aku ni budak nakal..xse ambo blajar buat raga..baik aku lepak2 dengan spupu aku..hahahahaha.

kami pun balik la di Kelantan..masa itu kalau xsalah aku aku baru habis fom6..kat kampung biasa la..xde kije nak dibuat..nak kerja pun xde kerja kosong kat kampung..masa tu tiba2 je timbul idea nak buat raga..n aku pun cari la bahan2 dia..mula2 nak buat memang susah ooo..aku belajar pun xde owg tunjuk ajar..bukan nak bangga..sebab aku kat kampung aku tengok je mak sdara aku buat..huk3..hasil mula2 memang teruk..sebab aku berpandukan raga yang mak sdara aku bagi. lama kelamaan aku berjaya jugak hasilkan sebijik raga yang cantik..suka giler time tu...pas tu mula la aku bukak bisnes jual raga..hik3..berjaya jugak akhirnya..

dipanjangkan cerita, aku berjaya masuk u..tapi sebelum aku masuk u, aku ajar ayah aku buat raga..ayah aku lebih kurang aku jugak..kretif orangnnya..cepat je dia belajar....

nanti aku sambung lagi ek..panjang2 pun aku tau korang bukan baca sampai habis pun..wakakakaka

Kenangan terindah

Hari ni genab la sebulan aku telah tamat dengan jayanya daripada seorang kadet kepada seorang pegawai askar wataniah atau lebih dikenali sebagai Rotu. banyak kenangan aku  dalam palapes tak kira la dengan kawan2 ataupun  denga jurulatih..masuk askar ni memang banyak mengubah hidup aku, ada sesetengah pihak termasuk sepupu aku kata, masuk palapes ni xbebas..disiplin kena jaga, rambut xleh nak simpan panjang2..pakai baju cam budak skema.walaubagaimanapun,akhirnya aku dapat bukti kan bahawa tiada yang mustahil dalam dunia ni..kalau la owg lain boleh menawan puncak everest..boleh renangan selat inggeris..boleh mengelilingi lautan seorang diri..xkan la nak jaga disiplin sikit pun xboleh..bila kita fikir cam tu,secara xlangsung kita akan mempunyai kekuatan diri..insyaAllah..secara positif nya bila masuk askar ni, penampilan kita semakin bergaya,segak dan kemas..kalau nak dibandingkan dengan mereka2 yang xmasuk badan berunifom..kita dapat lihat perbezaaan..manakala darisegi masa pula,kebanyakan anggota2 palapes ni lebih menepati masa. itu masa latihan je..hahahahahaha..kalau kat luar sama je janji melayu..kata kul 10..kul 11 baru datang..

kenangan terakhir sekali yang dapat aku ceritakan ialah kejayaan menjuarai pertandingan kawat seluruh IPTA diseluruh melaysia..sape xbangga der, seluruh Malaysia tu..bukaknnya pertandingan kawat sekolah..mahupun kampung..bangga giler aku masa tu..tapi sayang, ingatkan dapat la piala nak bawak balik tunjuk kat mak..rupanya dia bagi piala pusingan satu je...hampeh tull..tapi xpe la..bila pikirkan balik,xpe la..piala tu aku anggap sebagai hadiah buat jurulatih2 aku kerana bersusah payah mengajar, mendidik serta menjaga kami semua selama 3 tahun menjadi pegawai kadet...dan sampai la menjadi pegawai askar wataniah.

sekarang ni bila xde ape2 nak buat..xpon sebelum tido..mula la duk teringat kisah2 lama..hik3..best jugak rupanya..rupanya yang kepahitan, kesengsaraan itu lah yang menjadi kenangan manis buat aku..kat atas tu aku ade post gambar2 masa aku tamat latihan..

cerita- ceriti..


Salam sejahtera n salam satu malaysia buat semua peminat2ku..

menjelang ramadhan yang sudah masuk hari ke-12, aku nak berkonsi cerita sikit dengan rakan2 yang terbaca atau sedang membaca cerita yang aku tulis ni..fenomena fb..atau pun facebock menjadi kegilaan ramai bukan sahaja kepada remaja2 di IPTA dan juga IPTS, tetapi turut menjadi kegilaan buat remaja2 yang di luar (yang tidak melanjuttkan pelajaran dimana2 pusat pengajian). tujuannya hanya satu iaitu mencari kenalan..kalau yang lelaki mungkin lebih berminat men ADD wanita2 single yang cantik2..kalau yang pompuan tu myb untuk menghilangkan kepuasan..ataupun saje2 mengikuti perkembangan teknologi yang sedang terbina bagaikan akok di masak panas2..

tapi aku rasa cam boring plak bila bukak fb rata2 yang tulis status nya semuanya sama je..contohnya kalau yang wanita..hari ni menu berbuka puasa selipar jepun masak merah..kasut bot masak singgam. Kalau nak difikirkan balik, benda cam tu pun nak bagitahu..xpenting la weiii...xyah bagitahu pun xpe..meluat je baca..pe kata kalau post video2 yang lawak2 ke..or yang berunsur keislaman ke..ok la jugak..

wEh kawan2..aku nak bagitahu sikit ni..reban angsa aku dah nak siap ni..hik3, punya la bersusah payah ayah aku tolong nak siapkan reban angsa..kesian aku tengok ayah aku..huk3..trima kasih aboh..kalau xde ayah aku..aku rasa reban angsa aku xjadi2..kalau jadi pun aku rasa 3,4 hari mesti roboh balikk..ye la..aku mane la ade kemahiran nak reka cipta ni..nak menukang pun aku xbrapa pandai..tapi xpe la kan..sekurangnya ade la jugak kesungguhan nak buat..bak kata pepatah..selagi kita berusaha..selagi itu lah kejayaan akan kita kecapi..

esok masuk hari ke-13 puasa..myb esok aku nak sambung mengecat rumah yang boleh dikatakan terbengkalai dek kerana duk asyik buat reban angsa je..tadi pun aku dah ngecat sikit..mak aku tengok je aku duk mengecat..sampai tertido dia..cian kat mak..ore suh tido xse..nak tunggu sangat..hahahahahaha..kalau nak upah owg luar mengecat, upah sama mahal dengan harga cat..tapi aku cat xambik upah satu sen pun..tolong menolong..aku jugak nak duduk umah tu kan..jadi xsalah kalau nak mencantikkan rumah kita sendiri..hik3

kalau la sayang aku baca cerita yang aku tulis ni..mesti dia gelak sorang2..aku memang tau dh aweks aku tu camner..sentiasa ceria je orangnya..manis plak tu..beruntung dapat aweks cam tu..aku memang sayang sangat2 kat dia ..ramai yang cakap aweks aku muka dia cam haliza AF..hik3..xtau la plak aku sebab aku xminat tengok hiburan realiti ni..kat atas ti gambar dia. walau apepun aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat farhana yusof kerana mencinta diri aku dengan seadanya,,insyaAllah satu hari nanti aku akan jadikan dia sebagai permaisuri dalam istana yang akan aku bina,,itu lah janji aku kepada dia..(jiwang la plak..geli je.ahak3)

nanti aku sambung lagi cerita mengenai diri aku k..nite semua ...muah3

Angsaku....


hik3..orait kawan2..sekarang ni aku nak tunjuk gambar jonny n jenab..sepasang kekasih yang hangat bercinta..tapi sayang dikurung dalam reban yang tak berkawat...hahahahahaha.. ini la angsa aku kawan2..yang kecik sikit tu la jenab..muka dia sekali tengok ada iras2 madonna masa duk melalak dengan justin timberlake..dua kali tengok cam britney..3 kali tengok cam angelena joly..ape2 pun jenab memang cantikk..yang jonny tu yang tengak minum ayaq..dia memang suka minum..kalau aku bubuh satu beldi kejap je habis..puas minum dia mandi dalam besen tu..nakal sikit jony tu..muka dia cam sape ek..kalau artis kat Malaysia ni xleh nak lawan dia..senang cite muka jony ni lebih kurang Ronaldo..ala ronaldo pemain portugal tu la..ape? korang ingat ronaldo mane..isy3..hensem beb..

kalau ade sape2 yang berkenan nak jadi menantu aku..ha jangan segan jangan malu..hubungi je aku..wang hantaran tu kita kira kemudian k..janji jonny n jennab ade besan xlama lagi..ahak3

balik ke sarang

he3..bersua kembali kita dalam rancangan gumpat mengumpat..hahahahahaha..xde la, aku gurau je..malas dah nak gaduh2..n baling2 kerusi apa semua tu..sekarang aku nak mulakan hidup baru sebagai mahasiswa yang telah tamat dengan jayanya..riak n takbur la plak..ahak3

pertama aku nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua keluarga aku yang telah datang ke Ukm semasa aku grad..kegembiraan memang tidak dapat diucap dengan kata2..hanya senyuman je yang dapat aku hadiahkan..hehehehehe

sekarang aku telah kembali ke sarang dimana aku membesar selama 21 tahun...lama jugak tu..niat nak pergi bekerja kat luar memang ade, memandangkan sekarang bulan puasa ditambah pulakk permintaan mak dan ayah aku yang suh duk kat rumah..aku terpaksa la duduk kat rumah. mula2 duk kat rumah memang boring giler sehh..hari2 aku tengok tv jew..kadang2 tv tengok aku..itu lah kehidupan aku semasa duduk kat umah.

disebabkan aku kat Uk dulu sentiasa membaca..cewahhh..1 minggu xpe lagi..bila dah masuk minggu kedua otak rasa cam lembab je..huk3..tanpa berfikir panjang aku pun g la beli beruk ban..dengan niat leh la bukak2 pape yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan menghilangkan rasa boring duk kat umah..punya la seronok beb ade beruk ban..time owg tido aku berjaga, time owg berjaga aku tido..pas tu mula la mata merahh je..rupanya ada natang beruk ban ni jadi ketagih jugak kan..lantak la...xkan nak buang gitu jew,hu3

cerita lain plak..disebabkan aku ni minat kat haiwan xkira la haiwan ape pun kecuali pik n dog..aku pun merungut la nak bela angsa..ilham nak bela angsa timbul bila aku tengok dalam internet xramai yang bela nate angsa ni...rupanya2 owg jarang bela angsa sebab angsa ni binatang yang boleh dikatakan mahal harganya dipasaran gelab atau pun malam..

sifat aku ni pelik sikit, kalau aku kata nak bela angsa..kot2 mana pun aku nak bela jugak..lantak la mahal ke ape ke..duit aku kan..bio je la aku beli..nak dijadikan cerita..pada satu petang ayah aku g la jalan2 rumah kawan dia..dah dia tengok kat rumah kawan dia banyak tul angsa..dah dia tanya la kawan dia tu ''ji demo xse jual ko aso demo tu.anak kawe nok wat mene'' haji kawan ayah aku pun jawab ''nok ar, demo nok brapo ekor?? dengan demo kawe bui 120 jah sepasang'' lantas ayah aku pun tepon la aku, ''sop duk mano tu, ado saing abah nok jual aso ni..120 rial spasang..besar dohh.nok telor 2,3 hari lagi'' aku pun jawab..''abah kat mano tu'' ''abah kat matang pasir'..lantas aku pun memecut laju dengan motor aku cari ayah aku..bayar n terus balikk...hik3..suka gila bila tengok angsa dalam reban.. Mahal?? mahal ke 120 spasang..aku rasa murah sangat2 dah tu..sebab dalam mudah.com aku tengok yang kelabu pun 250 spasang..yang anak muda..lebih tepat lagi remaja..ahak3..ok dah tu 120..ala lantak la..duit aku..hahahahaha.

sekarang aku dengan ayah aku sedang membuat plan untuk mereka cipta reban besar n sedap diduduki oleh jony n jenab..hahaha..sape2 yang berminat nak masuk tender leh la berbuat demikian..hik3..buat masa sekarang itu lah kerja aku..bagi makan angsa..minum..disamping membersihkan halaman umah..

insyaAllahh...lepas raya ni kalau aku rasa nak kerja aku kerja kk...

gambar jony n jenab


ai kawan2..sale semua..hari ni merupakan hari terbaik bagi korang smua..sebab apa aku cakap cam tu..he3..kat sini aku nak share gambat jony hensem n jenab comey..angsa peliharaan aku..kat atas ni gambar angsa aku..insyaallah 2, 3 bulan lagi bertelor la tu..aku dah bawak angsa aku g hospital besar kota bharu..doktor cakap insyaallah jenab aku bertelor untuk bertama kalinya...hahahahaha..harap2 angsa yang aku bela ni dapat membiak dengan ramainya..reban bapak besar aku dengan ayah aku buat..sia2 je buat epartmen besar2 tapi penghuninya xde kan..

Senarai Blog Saya