Isnin, 21 Mac 2011

Projek Penternakan Angsa

Salam sejahtera untuk semua..

Projek penternakan angsa aku sekarang boleh dikatakan semakin berkembang dek kerana telor2 angsa yang diram sendiri oleh jenab n joyah akhirnya menetas jugak..kesemua anak2 angsa aku ade 10 ekor semuanya..Alhamdulillah...

2minggu lepas aku berjaya membeli anak angsa putih yang berumur 2 bulan..harga untuk sepasang 150ringgit...walaupun mahal, bagi aku dah murah sangat2 dah...banyak hari jugak aku p kedai tengok harga anak angsa putih...memang mahal beb...anak baru 2 minggu diorang jual 120...nak beli pun sayang2 je..sekarang ni aku rasa lega sebab target aku nak bela angsa dah tercapai...bela angsa putih plak adalah satu bonus bagi aku..

Anak2 angsa pertama ni aku nak jadikan induk..harap2 banyak betina dari jantan..yang putih plak insyaAllah hujung tahun ni bertelor..

Dalam menternak angsa ni...banyak pengalaman aku perolehi daripada orang2 kampung...maklum la baru pertama kali bela angsa..tapi xla sesusah seperti yang disangkakan...pagi2 bagi makan...tengah hari lepas bagi dia makan rumput sampai la petang...sebelum maghrib kurung n bagi makan dedak... begitu lah rutin harian aku.

Aku ade bagitahu kat mak n ayah aku....aku nak beli angsa lagi...diorang cakap xpayah la...yang ade ni pun xlarat nak bagi makan...ikutkan hati, aku nak beli lagi...beli dalam 2 pasang lagi untuk dijadikan induk..tapi kalau korang nak tau, bukan senang nak dapatkan sepasang angsa...rata-rata pemilik angsa ni xse jual angso dio boh....diorang sayang...ye la kan..diorang bela angsa untuk jaga umah diorang...angsa plak mahal...anak angsa kelabu 60ringgit sepasang kalau xsilap aku...y putih plak 120 sepasang...tu pun jarang2 je ade kat kedai.. kalau ibu angsa bertelor 8 bijik..tetas semua...senang2 je dapat 240 ringgit...kalau yang putih plak..korang kira la sendiri..aku xpandai sangat mat ni..

Berdasarkan pemerhatian aku, angsa bertelor 7-8 bijik..yang paling banyak 9 bijik..tu pun kalau angsa tu cukup makan...ade jugak angsa yang bertelor 2,3,4 bijik..bergantung kepada pemakanan..kalau kita bagi ibu angsa ram telor dia..biasanya telor tu akan menetas lebih kurang sebulan lebih..berbanding guna incubator..jangka masa penetasan 30-32 hari..pernah jugak orang bercerita, kalau kita bagi ibu dia ram..telor dia xmenetas semua...jangan risau,ade caranya nak bagi telor tu menetas semuanya...caranya..bila ade anak angsa tetas dalam 3 ekor..kita ambik anak angsa tu daripada ibu dia...tetas plak ambik lagi sampai la kesemua anak dia menetas..senang kan...tapi hati2 time ambik anak dia...ibu dia patok..sakit beb..

Kat sini jugak aku nak kongsi cara2 untuk mempercepatkan pembesaran anak angsa...caranya, anak angsa tu kita pisahkan dengan ibu dia..maksudnya kita bela anak angsa berasingkan...makanan plak..bagi makan dedak cold coint warna hitam...insyaAllah cepat je besar..

ok...t ade masa aku mengarang plak ye...















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komeng2..jangan malu jangan segan

Senarai Blog Saya