Rabu, 17 Mac 2010

Stilistik

1. sape2 yang dah siap stilistik..aku nak tiru..hahahahahahaha
2. akau rasa la stilistik ni lebih susah daripada nak buat tesis.
3 nak analisis n interprestasi...susah beb.
4 kalau tesis aku, aku lukis2 je..
5 huhuhuhuhuuhuh...
6 k blah dulu.
7 salam

Isnin, 15 Mac 2010

Yea..yea....tesis bab 3 aku dah lulus, hik3..kini tinggal 2 bab je lagi. 2 bab dalam masa 3 minggu,ermm sempat siap ke ni..aduyaiii..masalah2. Bab 4 ni rasanya susah banyak..nak buat rajah pohon lagi, nak buat teori semak, pergerakan mencangkung, melentang..huk3. apa2 pun aku nak pegang prinsip, kalau owg lain boley buat..kenapa aku xleh buat jugak..owg lain naik ke bulan..aku pun leh naik jugak...hahhahahahah..

Bab 4?? ermmmm...susahnya....harap2 Allah tolong aku, selain daripada si dia yang selalu disamping aku..susah senang dia je yang tau..huk3..maceh sayangku...

kenapa time2 camni, rasa boringgg giler duk kat dalam bilik..huk3, walaupun hujan rintik2..sedap kan kalau dapat tido..tapi xrasa ngantuk ..... aduh, pening2.
nak kata apa lagi ek..stakat tu je kot..esok2 la aku post lagi...k salam semua..sayang korang semua..muah3

Ahad, 14 Mac 2010

maaf

1. kita dah nak grad dah...rasa cepat je masa berlalu kan..aku rindukan ukm ni, kawan2, sahabat-sahabat, teman rapatku..kawan baikku..dan juga yang pernah ku kenali selama mana aku berada disini.

2. aku ingin memohon kemaafan sekiranya selama aku duk kat ukm ni, aku ade buat owg sedih, kecewa, xpuas hati..or menaruh harapan terhadap diriku ni.

3 kita manusia, semuanya xsempurna..ade mata sepet, ada pp tembang, ada kaki kudung..huhuhuh..cuma kita bersyukur je dengan pemberian ilahi kepada kita.

4 aku mengharapkan hubungan dengan kawan2ku yang rapat seketika dulu kembali terjalin.

4 aku rindukan senda gurau kawan2.

5 aku rindukan suara kawan2.

6 aku rindukan kamu semua.....

7 maafkan lah aku diatas segala kesilapan yang pernah aku lakukan.....

9aku mengharapkan hubungan kita terjalin semula.

10.buangkan lah sikap ego masing2.

Ahad, 25 Oktober 2009

exam...exam...exam

he3, dah nak exam rupanya kita ek..perlbagai cabaran telah kita tempuhi, suka duka, pahit manis sem ni biar lah menjadi ingatan pada sem hadapan pula..aku rasa sem ni banyak betul aktiviti2 yang kita lakukan, tak gitu kawan2 linguistik..dengan konvoi g rumah tebukanya, g sungai congkak dan lain2 lagi..tu xtermasuk program yang direncana oleh pensyarah lagi..dengan Silk nya, dengan jamuan hari raya..

pembentang proposal Alhamdulillah berjalan dengan lancar, insyaAllah saya akan pergi sendiri ke tapak lapangan untuk membuat metodologi sendiri..xnak la tiru2 yang owg lain buat..cam xbest je..hahahahahaha

kepada kawan2 ku sekalian..exam ni aku harap kamu buat yang terbaik..sem depan dah last dah kan...peluang yang ada ni kita kena gunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan lagi mutu pelajaran kita untuk masa hadapan..do the best among the best k..insyaAllah kita akan berjaya..

Rabu, 21 Oktober 2009

hutang-hutang

keadaan menjadi tegang bila hutang ukm tiba-tiba dinaikkan, ramai pelajar yang tidak puas hati..mana tak nya, baru je bayar 2,3 hari lepas...pas tu kena bayar plak..bukan sikit..beratus-ratus jugak tu..ukm ni xksian ke kat kitorang ni...kami pelajar lagi, kalau kerja xpe la jugak..huhuhuhu..dah la ptptn xdinaikkan, hutang kat u plak dinaikkan..senget tul la...huhuhuhu..

apa2 pun diharapkan penjelasan yang diberikan oleh pihak u dipejabat bendahari leh diterima oleh semua pelajar...kita sebagai pelajar u xleh buat tindakan yang terburu-buru..kita ada akal, kena pikir panjang2..

Ahad, 4 Oktober 2009

SILK

Akhirnya program yang dirancana oleh pensyarah dan dilaksanakan oleh pelajar berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki, terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam program ini.

sebagai ajk publisiti saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak menolong saya dari mula sampai lah program Silk selesai.

walaupun terdapat masalah-masalah kecik yang tidak diduga, namun masalah ini berjaya diatasi oleh semua pihak. sekiranya diteliti balik, apa yang penting sekali sifat tolak ansur dan juga sikap kerjasama amat penting dalam apa jua program yang dilaksankan..

dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. A.j yang banyak membantu kami ( budak2 linguistik yang nakal) dengan tunjuk ajar yang diberikan.

do the best among the best..he3

Ahad, 13 September 2009

huhuhuhuhu..pejam celik, pejam celik.dah nak raya dah kita ek..raya dah nak dekat..baju raya xbeli lagi ni...xkan nak suh mak beli kot..dah besar panjang..hahahahah. Apa2 pun, buat persiapan sebaik mungkin untuk menyambut hari raya ye..jangan boros2 sangat..mentang2 la nak raya..beli baju dua tida empat puluh helai..he3.

kepada mereka yang menaiki motosikal cam saya, rancang waktu perjalanan..biasanya saya bertolak dari sini nak balik kelantan kul 10 malam, waktu tu jalan x jem sikit sebab bas dah kuar suma. n kalau korang ngantuk..berhenti la kat kedai2 makan pekenan kopi dulu..bahaya wooo naik moto mata ngantuk..

lepas raya ni..korang jangan lupa plak..exam xhabis lagi..proposal xbentang lagii.asgment pun bertimbun2..buat slow2..yang penting asgment kita siap..

Rabu, 9 September 2009

Asal usul orang Asli














Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi. Komuniti yang ada kini boleh dianggap sebagai hasil daripada aplikasi kebijaksanaan ilmu tradisional yang diwarisi sejak bergenerasi dahulu kepada praktis harian mereka masa kini. Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002).

Kerja yang bertimbun-timbun

Raya makin dekat, banyak pulak tugasan yang diberikan oleh pensyarah..nak tangguh-tangguh tak boleh dah..kot mane pun, kerja mesti disiapkan sebelum balik raya..hu3, xla memikirkan sangat tentang tugasan masa kat kampung nanti.

Selasa, 1 September 2009

Merdeka Merdeka Merdeka

Sempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke-52 ni, aku nak ucapkan syabas dan rasa bangga terhadap negara kita sendiri iaitu Malaysia. Kemajuan yang dicapa pada hari ini bukannya datang dalam sekelip mata. pejuang2 terdahulu sanggup mengadaikan nyawa mereka sendiri untuk mempertahankan tanah air tercinta ini. Antaranya Mat Kilau, Datuk Bahaman, Mat Salleh dan lain-lain lagi.

Mengulang-ulangkan lafaz

merdekamerdekamerdekamerdekamerdekamerdeka

merdekamerdekamerdekamerdekamerdekamerdeka

merdekamerdekamerdekamerdekamerdekamerdeka

mengulang-ulangkan perarakan

jalurjalurjalurjalurjalurjalurjalurjalur

jalurjalurjalurjalurjalurjalurjalurjalur

jalurjalurjalurjalurjalurjalurjalurjalur

gemilang di seluruh pelusuk rusuk negara

mengulang-ulangkan seruan

mengulang-ulangkan harapan

mengulang-ulangkan gambaran

merdekakan mereka yang tak merdeka

merdekakan mereka yang tak memerdekakan

merdekakan mereka yang tak memerdekakan kemerdekaan

mengenangkan mereka yang bangun memerdekakan

memerdekakan fikiran

memerdekakan harapan

memerdekakan gambaran

memerdekakan seruan

memerdekakan kuasa

memerdekakan hamba

memerdekakan kamukamu

memerdekakan akuaku

memerdekakan perpaduan

memerdekakan belenggu

memerdekakan pisau

memerdekakan sasau

memerdekakan diam

mengenangkan jasasasa mereka yang bangun memerdekakan

mengenangkan keringatdarah mereka yang bangun memerdekakan

mengenangkan taksiapasiapa mereka yang bangun memerdekakan

selepas membaca puisi hari kemerdekaan

selepas mendengar amanat tentang hari-hari kemerdekaan

selepas mencatat matlamat berkenaan sebuah kemerdekaan

dewan yang meruangkan suara

tinggal menyepi yang akan didatangi lagi

setiap tahun dan sekali

jalurjalur gemilang berkibar sendiri

lafaz merdeka tinggal di telinga hingga didengar

nanti tahun kemudiannya berulang diulangkan lagi

habis di sini!

Senarai Blog Saya