Selasa, 24 Ogos 2010

mari pakat belajar dialek kelate

Ada sesetengah owg menganggap bahasa dah dialek adalah sama, yang sebenarnya bahasa dengan dialek adalah berlainan..bahasa merupakan pengucapan oleh orang ramai dan boleh memahami diantara satu sama lain, manakala dialek pula dituturkan oleh sekumpulan kecil masyarakat dimana kumpulan mereka sahaja yang memahami apa yang dituturkan..disamping mempunyai berbezaan bunyi..frasa,klausa mahupun binaan ayat. Di Malaysia terdapat beberapa dialek, antaranya dialek pahang contohnya koi..dialek terengganu contohnya gape dia..dialek sarawak contonya kitak..dialek kedah contohnya pi..dialek perak contohnya hampe..dialek melaka contohnya besaw..dan lain2 lagi.

Dulu masa kat Ukm,ramai kawan2 aku mengkaji mengenai dialek kelantan..keunikan dialek kelantan menyebabkan ramai pengkaji2 bahasa mengkaji dialek ini untuk dijadikan latihan ilmiah, tesis master mahupun Phd. kat sini aku nak kongsi sikit beberapa perkataan dalam dialek kelate yang menyebabkan korang susah sangat2 nak faham.

1. bering demo = bering bermaksud berani ataupun keras kepala..manakala demo plok bermaksud awak..ataupun kau. kebiasaannya ayat ini diujarkan oleh remaja2 di Kelantan sekiranya mereka ingin memulakan pergaduhan..

2. tegehe la mu = tegehe merupakan inginkan sesuatu.

3. gedeber = maksudnya seseorang yang berani.

tebeng = bermaksud larangkan jangan melakukan..kalau buat jugak mesti terima akibat..contoh ayat : mu jangan duk tebeng g..kalau g mu..berak mu..

4. kupik banga = bermaksud seseorang yang sangat kedekut.

5. muse bule = bermaksud seseorang yang nampak seperti hulu ..lebih tepat lagi merupakan owg baru disesuatu kampung yang mneyebabkan dia berjalan kepalanya tidak duduk diam memerhatikan keadaan sekeliling.

malam ni aku bagi 5 perkataan je..minggu depan t aku post plak perkataan2 asing yang jarang didengar oleh korang semua k..
aku nak tido dulu..salam semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komeng2..jangan malu jangan segan

Senarai Blog Saya